5c97d641b2394fde3b4cfb15218c6c81d79cad23 Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa ~ Karangan Bahasa Melayu SPM

Tuesday, October 8, 2013



Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.

Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Rangka karangan.

Pendahuluan

Contoh 1

Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari. Apabila tiba masanya, kita dilahirkan. Pada ketika itu, ibu bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan ibu bapa kita juga tidak terhenti di situ sahaja. Berbakti kepada ibu bapa adalah suatu kewajipan anak yang tidak boleh diabaikan walau dengan apa alasan sekali pun. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.

Contoh 2

Ibu bapa adalah permulaan hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan melihat dunia pada hari ini. Dengan izin Allah, ibu bapa kitalah yang dipilih Allah untuk menjadi ibu bapa kita. Hanya mereka, tidak yang lain. Ingatkah kita betapa besar pengorbanan ayah dan ibu dalam memastikan kita mendapat yang terbaik sejak kita dilahirkan? Bermula dengan susah payah ibu mengandungkan kita dan pengorbanan ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kita, lahirnya kita di muka bumi pula disambut dengan kalimah suci yakni azan ke telinga kita oleh ayah. Itupun setelah ibu berhempas pulas melahirkan kita. Kemudian masa berlalu dan ibu bapa menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Kitalah buah hati ibu bapa. Diberikan mereka segala keperluan yang kita perlukan. Dirawat dengan penuh kasih sayang. Diberikan tempat tinggal yang terbaik mengikut kemampuannya, makan minum yang berkhasiat, air susu yang segar sehingga kita membesar. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.

Isi 1
  • Mematuhi dan mendengar nasihat ibu bapa. 
  • Memberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah lembut
  • Berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang mereka sukai dan mendoakan keampunan untuk kedua ibu bapa setiap kali kita berdoa.
  • Sentiasa bermanis muka dengan kedua ibu bapa
  • Tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa atau yang mengecilkan hati mereka
  • Menziarahi ibu bapa di kampung
  • Sentiasa berhubung dengan ibu bapa
  • Memberikan bantuan kepada ibu bapa bila diperlukan.
  • Membawa ibu bapa melancong atau melakukan ibadah umrah
Penutup

Contoh

Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang anak kita hendaklah sentiasa menjauhkan diri daripada sikap bagai kacang lupakan kulit. Kita janganlah sesekali menderhaka atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Kasih sayang yang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita. Segala jasa yang mereka curahkan tidak mampu kita balas walau dengan harta yang berjuta sekalipun. Kita haruslah membalas jasa mereka sementara mereka masih hidup,selagi nyawa dikandung badan.


1 comment:

Followers

Kongsi Artikel

Contoh-contoh Karangan Bahasa Melayu SPM, Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM Bahagian A dan Bahagian B.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

OWR NEWSLETTER

Contact Form

Name

Email *

Message *

Liked FB page kami

Follow Kami di G+

Follow Kami di Twitter

Google+ Followers

Popular Posts

Busuk News

5c97d641b2394fde3b4cfb15218c6c81d79cad23