5c97d641b2394fde3b4cfb15218c6c81d79cad23 Karangan Bahasa Melayu SPM

Saturday, January 11, 2014

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?

Karangan SPM Kertas 1
Photo used under Creative Commons from ClĂ©ment G
Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini masih boleh dikatakan umpama melukut di tepi gantang. Masyarakat tidak begitu mempedulikan kehadiran mereka, sekali gus menerima nasib seperti pungguk rindukan bulan. Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal.

Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu. Program kemahiran tersebut sangat penting untuk melatih OKU menguasai bidang kraftangan, membaiki kenderaan dan perniagaan. Dengan cara ini mereka akan mudah untuk bekerja dan dapat menjana pendapatan keluarga walaupun cacat. Oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan pusat-pusat latihan kemahiran OKU ini seperti Program Semai Bakti Pusat (PDK) di bawah pengawasan Felda di seluruh Negara berjaya melatih kira-kira 7,700 orang OKU dalam pelbagai bidang. Jelaslah kemahiran yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU berdikari dan menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara kita.

Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka kea rah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar Carrefour telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang tahun 2010 nanti iaitu berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU untuk membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera melalui Kementeriannya agar minat OKU dalam bidang ini dapat dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke-9 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua OKU yang berminat boleh membuat permohonan dan perlu mendapat sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.

Intihannya negara kita semakin maju ke hadapan, terutama ke arah merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang memerlukan sumbangan dan komitmen semua pihak termasuk golongan OKU untuk memberikan sumbangan kepada negara dalam menjayakan impian berkenaan. Kita hendaklah percaya golongan OKU juga ada peranan dan mampu memberi sumbangan bermakna andai diberi peluang dan ruang sewajarnya. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan terus tersisih dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti.



Friday, January 10, 2014

Contoh karangan SPM

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.


Thursday, October 31, 2013



Bahagian B

(100 Markah)

Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia belum begitu membanggakan. Jabatan Perpaduan Negara telah mengadakan satu pertandingan menulis cerpen yang bertemakan semangat perpaduan kaum rakyat Malaysia. Anda bercadang untuk memasuki pertandingan tersebut.

Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

Rangka jawapan

PENDAHULUAN

Keluarga Cina tinggal di perkampungan Melayu.

Isi-isi
  1. Kehadiran mereka diterima oleh masyarakat kampung.
  2. Menyertai pelbagai aktiviti kampung seperti kenduri kendara dan gotong royong.
  3. Berlaku peristiwa 13 Mei, keluarga Cina diselamatkan oleh orang Melayu.
  4. Negara kembali aman, hubungan semakin rapat.
  5. Keluarga Melayu dalam kesusahan, dibantu oleh keluarga Cina.
  6. Kemesraan terjalin sehingga ke anak cucu.

PENUTUP.


Perpaduan kaum dapat dijalin apabila ada sikap bertolak ansur.




Wednesday, October 30, 2013

Bahagian A

[Masa dicadangkan: 45 minit]
[30 markah]


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.  Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



usaha memupuk semangat kejiranan




PENDAHULUAN


-Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. 
-Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian.
-Jiran yang baik ibarat “cubit peha kiri peha kanan pun terasa” amat sukar ditemui.

ISI-ISI:


1. Mengadakan program gotong royong
-bergotong royong mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat


2.Mengadakan rumah terbuka
-rumah terbuka semasa perayaan mengikut kaum
-saling kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim dan kenal mengenal sesama ahli masyarakat


3.Mengadakan kempen kesedaran 
-peranan media massa untuk memberikan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat mengenai kepentingan semangat kejiranan
-Peranan pihak sekolah menyedarkan pelajar-pelajar mengenai kepentingan semangat kejiranan

4.

Amalan ziarah menziarahi mengeratkan hubungan
-Boleh menziarahi ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. 
-kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.



KESIMPULAN

-Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. 
-Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.



Bahagian B

(100 Markah)

Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

Karya kesusasteraan Melayu dikenal pasti mampu melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik di negara ini.
         
Berikan ulasan anda untuk menyokong pernyataan di atas. 

Rangka jawapan.

Pendahuluan

Isi-isi
  1. Memahami tokoh / mencintai tokoh tanah air
  2. Mengambil iktibar tentang perjuangan pejuang tanah air
  3. Menginsafi kesukaran semasa penjajahan
  4. Sayang akan tanah air
  5. Sanggup memertabatkan tanah air
  6. Kewujudan hubungan / perpaduan demi keharmonian Negara
  7. Bertolak ansur
Kesimpulan


Bahagian A

[Masa dicadangkan: 45 minit]
[30 markah]



Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda sumbangan masyarakat terhadap orang kurang upaya. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250patah perkataan.


Karangan BM SPM

PENDAHULUAN
-          Zaman dahulu – Oku diabaikan
-          Kini masyarakat perlu berubah
-          OKU juga memberi sumbangan kepada Negara dalam pelbagai aspek
-          hak mereka

ISI-ISI:
1.       Menyediakan bahan bacaan berbentuk `braille’
-      Menempatkan bahan-bahan tersebut di perpustakaan awam dan juga swasta.
-      Menjual dengan harga subsidi.
2.       Membantu meringankan bebanan OKU.
-      Sumbangan kerusi roda.
-      Menyediakan kerusi roda di tempat-tempat strategik.
-      Menyediakan kemudahan khusus untuk OKU yang berkerusi roda
3.       Kemudahan belajar hingga ke university
-      Memberi ruang dan peluang kepada OKU untuk melanjutkan pelajaran di menara gading.
-      Menyediakan pelbagai kemudahan belajar, seperti laluan, bilik asrama, kantin, bilik kuliah yang mesra OKU
4.       Sukan Paralimpik
-      Penganjuran sukan Paralimpik di peringkat daerah, negeri, negara dan kebangsaan.
-      Memberi sokongan moral terhadap penyertaan mereka.
-      Menyediakan bimbingan jurulatih.


KESIMPULAN
-          OKU juga makhluk tuhan, berhak mendapat kehidupan sempurna seperti insan lain.
-           Turut mempunyai kelebihan dan kemahuan seperti orang lain.
-           Sumbangan perlu berterusan sebagai tanggungjawab sosial.
-           Bersama-sama berganding bahu membawa cabaran negara menjelang tahun 2020.



Bahagian B

(100 Markah)

Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah merekameninggalkan institusi pendidikan formal.

Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap dirimemasuki alam pekerjaan

Rangka jawapan

PENDAHULUAN
  1. Alam pekerjaan destinasi akhir pelajar 
  2. Persaingan memasuki pasaran pekerjaan
  3. Kelulusan akademik belum menjanjikan jawatan yang dicita
  4. Lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran

Isi-isi

1. memiliki kemahiran dalam komunikasi
- petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat dan berani berhadapan dengan pelbagai peringkat pelanggan
- berinteraksi dalam gaya yang sopan
2. kemahiran menguasai pelbagai bahasa
- mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat
- menguasai dengan baik sama ada dalam aspek lisan mahupun tulisan 
- bahasa utama di Malaysia: Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun dan lain-lain
- berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di seberang laut
3. kemahiran teknologi
- penting selaras dengan kemajuan teknologi global
- hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor perindustrian
- teknologi pembuatan, kejuruteraan dan penciptaan-memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor (pembuatan, pemesinan, perkakasan dan operasi)
4. kemahiran dalam ICT – (tidak seperti katak di bawah tempurung)
- selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka
- mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian Internet dan laman web
- boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden


KESIMPULAN
  • Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada sesiapa pun yang tahu mengajari kita agar berusaha mencipta tuah
  • Penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan tuah yang boleh dicipta untuk kejayaan


Followers

Kongsi Artikel

Karangan Bahasa Melayu SPM

Contoh-contoh Karangan Bahasa Melayu SPM, Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM Bahagian A dan Bahagian B.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

OWR NEWSLETTER

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow Kami di G+

Liked FB page kami

Follow Kami di Twitter

Google+ Followers

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Karangan Bahasa Melayu PMR

SIHAT SEPANJANG HAYAT

BM SPM K2

Popular Posts

Busuk News

5c97d641b2394fde3b4cfb15218c6c81d79cad23