5c97d641b2394fde3b4cfb15218c6c81d79cad23 Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Remaja ~ Karangan Bahasa Melayu SPM

Friday, January 10, 2014

Contoh karangan SPM

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.


34 comments:

  1. Karangan yg amat baik , ayatnya sungguh gramatis dan satu karangan yg amat baik untuk dicontohi

    ReplyDelete
  2. Karangan yg amat baik , ayatnya
    sungguh bagus

    ReplyDelete
  3. Karangan yang baik

    ReplyDelete
  4. Terima kasih! Contoh karangan yang amat bagus untuk karangan bahagian B yang berasaskan peranan ibu bapa. Doakan saya berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2014. Terima kasih ;)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas karangan yang baik ini..doakan saya cemerlang dalam spm 2014

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana dpt memberi idea kpd saya utk menulis karangan.Doakan saya agar mendapat keputusan yg cemerlang utk spm :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk krangan yg bgus ini

    ReplyDelete
  8. Tidak begitu bagus kerana tidak menunjukkan teknik.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsiaan ini. karangan ni saya hafal untuk spm 2014 saya. :)

    ReplyDelete
  10. Karangan yg dpt membantu utk spm esk. Terima kasih!

    ReplyDelete
  11. karanga yang bagus. Sedikit sebanyak membantu pelajar

    ReplyDelete
  12. Amat2 membantu... In shaa Allah sekiranya soalan yg berkaitan peranan ibu bapa keluar... Saya akan menggunakan isi dan ayat diatas... Terima kasih kepada penulis yg telah berikan saya idea...

    ReplyDelete
  13. Karangan yang sangat cemerlang.sangat membantu saya.terima kasih ya.tolong doakan saya dapat buat yang terbaik dalam spm 2015 ni

    ReplyDelete
  14. calut rxz : karangan yg awesome

    ReplyDelete
  15. Terbaikkk . Suka baca karangan. Ada ayat gramatis diselang seli dengan kata pepatah. Dan mampu menambat hati pembaca . Good job 👍

    ReplyDelete
  16. Karangan yg baik..Doakn sy utk SPM 2015

    ReplyDelete
  17. ialah memberi?
    adalah dengan memberi ( baru betul )

    ReplyDelete
  18. Assalam, mohon copy untuk membuat rujukan karangan ye, terima kasih

    ReplyDelete
  19. 'Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis'??

    luqman yang mana ni? kalau luqman yang disebut di dalam surah Luqman, beliau wujud lama sebelum lahirnya Nabi Muhammad.

    Luqman yang disebut itu adalah kisah sejarah, mana mungkin beliau boleh gunakan Al Quran dan Hadis sedangkan Al Quran dan Hadis pun belum wujud di zaman beliau.

    ReplyDelete
  20. 'Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis'??

    luqman yang mana ni? kalau luqman yang disebut di dalam surah Luqman, beliau wujud lama sebelum lahirnya Nabi Muhammad.

    Luqman yang disebut itu adalah kisah sejarah, mana mungkin beliau boleh gunakan Al Quran dan Hadis sedangkan Al Quran dan Hadis pun belum wujud di zaman beliau.

    ReplyDelete
  21. 'Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis'??

    luqman yang mana ni? kalau luqman yang disebut di dalam surah Luqman, beliau wujud lama sebelum lahirnya Nabi Muhammad.

    Luqman yang disebut itu adalah kisah sejarah, mana mungkin beliau boleh gunakan Al Quran dan Hadis sedangkan Al Quran dan Hadis pun belum wujud di zaman beliau.

    ReplyDelete
  22. Thank you so much!this one is very helpful for my revision :) oh btw doakan saya kerana tahun ni saya repeat spm balik kerana pada tahun 2014 spm saya gagal. Saya nak ambil spm balik sebab nak apply cabin crew Hehe.

    ReplyDelete

Followers

Kongsi Artikel

Contoh-contoh Karangan Bahasa Melayu SPM, Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM Bahagian A dan Bahagian B.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

OWR NEWSLETTER

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow Kami di G+

Liked FB page kami

Follow Kami di Twitter

Google+ Followers

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Karangan Bahasa Melayu PMR

SIHAT SEPANJANG HAYAT

BM SPM K2

Popular Posts

Busuk News

5c97d641b2394fde3b4cfb15218c6c81d79cad23