TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROJEK PARENTHON 2010

Asalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terima kasih kepada pengacara majlis.

Yang Berbahagia, Tuan Haji Isa bin Haji Abu Pengarah Pelajaran Melaka.

Yang Berbahagia, En. Velaithan Achutha Nair Yang Dipertua PIBG SMK Tun Mutahir.

Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang, Guru-guru, Para Ibu Bapa dan Penjaga, Seterusnya Hadirin dan Hadirat yang saya Hormati sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Perasmian Projek Parenthon Tahun 2010.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis ini khususnya Pengarah Pelajaran Melaka, Tuan Hj. Isa bin Hj. Abu merangkap Penaung Projek Parenthon Sekolah ini.

Hadirin, hadirat yang saya hormati sekalian,

Kini SMK Tun Mutahir mempunyai lebih 1400 orang pelajar dan 109 orang guru telah dinaik taraf dari gred B kepada gred A.Sekolah ini juga mempunyai Aliran Khas untuk pelajar-pelajar cacat pendengaran yang diintegrasikan.Sejajar dengan perkembangan ini menyebabkan sekolah memerlukan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang kondusif.Malah kelas-kelas yang sedia ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.Bagi mengatasi masalah ini pihak sekolah telah mengadakan sekolah dua sessi. Baru-baru ini pula pihak Jabatan Pelajaran Melaka telah menghantar dua kaben untuk kemudahan pelajar.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Chiw Tian Chai, Ahli Majlis Hang Tuah Jaya yang sudi memberi sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada pihak sekolah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37.Kini pelajar-pelajar semakin rajin belajar di Perpustakaan kerana sudah ada penghawa dingin.Selain dari itu, pihak sekolah juga menerima sumbangan computer dan CCTV daripada Infenion.

Dalam melaksanakan program, sekolah telah memberi keutamaan dalam usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang khususnya dalam bidang akademik.Antara program yang telah dilaksanakan ialah Jejak Gemilang, Jaya waris, Khemah Ibadah, Mento Mantee, Anak Emas, Kelas Tambahan dan banyak lagi.

Hadirin Sekalian,

Hasilnya pada tahun 2009, dalam peperiksaan PMR, sekolah telah Berjaya mencatat sejarah apabila 15 orang pelajar telah memperoleh 8A, 6 orang 7A dan 7 orang 6A.Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang peperiksaan PMR.Dalam peperiksaan SPM pula, seorang pelajar mendapat straight A, 2 orang 9A, 2 orang 7A, 5 orang 6A dan 5 orang 5A.Peningkatan pencapaian ini memberikan gambaran yang amat positif dan menjadi satu petunjuk bahawa kami mampu melakar kejayaan yang lebih gemilang pada tahun ini.Beberapa program telah dilaksanakan sejak awal tahun lagi bagi memastikan cita-cita tercapai dengan jayanya.

Selain memberi tumpuan kepada bidang akademik, sekolah tidak ketinggalan dalam bidang kokurikulum.Banyak kejayaan telah dicapai baik pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.Pasukan Sayambara Puisi dan Lagu muncul naib johan peringkat negeri.Pertandingan Melukis Poster Sempena Karnival Pendidikan mendapat naib johan peringkat negeri.Pertandingan bola Baling, pertandingan kemahiran melawan kebakaran, pertandingan bercerita kisah nabi, pertandingan khat jawi dan pertandingan merumi tulisan jawi mendapat johan peringkat negeri.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Hasrat sekolah ini adalah untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada pelajar-pelajar bagi melahirkan individu yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.Oleh itu PIBG menganjurkan Projek Parenthon untuk mengumpul dana bagi melaksanakan sebarang aktiviti yang diperlukan di sekolah.Selain itu projek ini bertujuan membiayai projek-projek menaik taraf keadaan fizikal bilik darjah, bilik khas dan persekitaran sekolah. Hal ini disebabkan kedudukan kewangan yang mantap akan membantu memajukan sekolah.

Oleh itu saya menyeru ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah walaupun sibuk bekerja.Marilah sama-sama kita berganding bahu bagi mencapai hasrat tersebut.

Akhir kata sebelum mengundurkan diri , saya ingin mengucapakan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Haji Isa bin Haji Abu kerana sudi hadir merasmikan Projek parenthon SMK Tun Mutahir.Saya sudahi ucapan saya dengan dua rangkap pantun:

Sigai rotan mengikat tambatan, Perahu pancung mengolek dilambung, Usah keberatan menghulur bantuan, Kutipan tumpang kejayaan disanjung.

Bersopan santun si gadis anggun, Memakai kebaya potongan nyonya, Program Parenthon derma ditimbun, Tingkat prasarana pendidikan dijana.

Sekian, terima Kasih.

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Man Titanium Art | Shop Online and Store in
    Man Titanium Art is designed for professional, titanium welder independent artists, titanium bikes designers, professionals, and designers tecate titanium that create titanium cookware quality art from unique objects titanium alloy nier replicant and techniques.

    ReplyDelete

Top Post Ad

Below Post Ad