Karangan Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Bahagian B - Pidato Bertajuk Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja

Bahagian B

(100 Markah)

Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

Anda akan menyertai pertandingan pidato 1 Malaysia peringkat daerah. Tajuk pidato yang anda pilih ialah ‘Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja’. Sediakan teks pidato anda selengkapnya.

Rangka jawapan

Kata alu-aluan :
Sediakan kata alu-aluan yang sesuai dengan konteks pidato.

Pendahuluan :

Ibarat peribahasa, datang bersambut, kata bersulam, dan pergi bersalam, justeru saya memulakan kalam pidato ini dengan versi pendefinisian. ‘Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja’ boleh saya definisikan sebagai gemblengan atau usaha bersepadu masyarakat dalam setiap peringkat untuk mendepani masalah dan keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak muda belia yang semakin kronik. Apabila disimpulkan kembali, jelaslah bahawa masyarakat merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.

Isi-isi
1 Masyarakat hendaklah menjadi mata dan telinga kepada setiap gerak geri remaja
- menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang
2. Menjadi masyarakat yang saling bersatu padu, bekerjasama, aman dan harmoni
- meletakkan kepentingan komuniti sama penting dengan kepentingan peribadi
3. Menjadi masyarakat yang bijak dan berpandangan jauh
- mengutamakan masa depan remaja
- memandu remaja ke jalan yang benar
- remaja sebagai pewaris generasi
4. Mengembalikan suasana kehidupan yang sentiasa menjaga tepi kain orang
- sentiasa peka akan masalah jiran dan masyarakat umum (peribahasa: cubit paha kanan paha kiri pun sakit juga)
5. Menubuhkan badan-badan sukarela dan NGO
- sebagai organisasi yang menyelaraskan semua kegiatan masyarakat
- menjalankan aktiviti seperti pertemuan ramah mesra, gotong-royong dan aktiviti ziarah

Kesimpulan :


Meminjamkan kata-kata ‘terdidik remaja sejahteralah negara’ justeru masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh dan bersikap sinis terhadap sebarang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Masyarakat yang beku, jumud dan tidak prihatin sebenarnya telah menyediakan suatu jurang untuk menjerumuskan remaja. Masyarakat yang dinamik sentiasa berpegang kepada kata-kata, “Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara”.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad